Nuffnang Code

Thursday, July 10, 2014

KOREA Winter Trip 2014 ~ Part IV

Salam...perghhhhhhh punye la lame aku nk abes update citer pasal winter trip Korea nie ni kannn...hahaha...tp tk pe..slow2...tk nak main bedal je buat entry..nt org bosan pulak nk baca..haha..ehh masih ada ke org singgah ke blog aku nie??hahah perasan bukan main aku nie.weee.....bukanye sengaja tp atas alasan kesibukan kerja n jalan2 sana sini lg so agak terbatas idea ni nk mengarang ayat..haha..lambat tk pe asalkan info tu dapat disampaikan kepada anda..anda..dan anda diluar sana dengan baik...Insya Allah..ok2 meh sambung citer pasal perjalanan tuk hari seterusnya...
Perjalanan hari ke-4 diteruskan mengikut tentatif program iaitu ke Mount Sorak atau lebih dikenali sebagai Seoraksan.
Seawal jam 6.00 pagi kami bangun untuk memastikan perjalanan pada hari tersebut berjalan lancar memandangkan jarak antara Seoul dangan Mt. Sorak agak jauh kira-kira 3 jam perjalanan...perhh memang jenuh nk tgu sampai sana...Sebelum aku memaparkan gambar2 yg osem n cantik yang sempat kami rakamkan sepanjang berada di puncak Mt. Sorak aku nk kongsi sikit info bagaimana nk pergi ke sini dari kota Seoul memandangkan dalam trip aku yang lepas ke Seoul aku tk berkesempatan nk ke Mt. Sorak nie..so memang tk der la kan citer pasal nk ke sini dlm entry yang lepas..huhu..so ni aku kongsi sikit tips yang blh diguna pakai untuk anda berkunjung ke sana.
  1. Naik Subway terus ke Gengbyeon Station then ambil Exit #4 dan terus ke Dong Seoul Bus Terminal dimana terminal bus tu betul2 terletak berhadapan dengan exit#4 tuh.
  2. Lepas ko org masuk je terminal bus tuh ko org terus ke mana2 kaunter ticket yang ada tuk membeli ticket Intercity Bus dengan menyebut "Sokcho" dan die org akan paham bile ko org menyebut perkataan tuh.Tambang bas masa aku pergi 17,300 Won bersamaan RM 53.00 sehala untuk seorang.
    Bus Tic
  3. Pastikan ko org tengok Masa,  Platform No. dan No. Bus yang tercetak di ticket dan kalau blh tgu kat depan platform bas tuh 30 minit sebelum bas bergerak. bukanye apa kat sana die org sgt punctual yer..tepat pada masa yang dicatatkan bas terus jalan..so kalau terlepas kene la beli tic baru yer.
    Ready for Sokcho
  4. Keadaan bas sangat2 selesa dengan seat yang blh recline dan leg room space yg luas memandangkan perjalanan agak jauh lebih kurang 2 jam 30 minit.
    Tersangat la selesa yer..
  5. Sepanjang perjalanan bas akan berhenti sekali sahaja untuk penumpang pergi ke tandas dan membeli makanan or minuman.
    ala2 RnR kat Malaysia la nie..
    Buah berangan ni sgt sedap..
  6. Setibanya di Station Bas Sokcho, turun dan kalau ko org bercadang untuk balik hari ke seoul pastikan ko org dh membeli ticket balik ke seoul semula. Tapi sangat2 disarankan agar ko org bermalam la di sana untuk 1 malam agar tk terkejar-kejar mcm kes kami hari tuh...nasib tk terlepas bas..beze masa 5 minit jer sebelum bas berlepas..kalau tk kene beli tic baru la nampaknye..Alhamdulillah...
  7. Lepas je turun dari bas, ko org terus je ke main road betul2 depan station bas..then bergerak ke kanan untuk ke bustop yang ada bersebelahan dengan station tu tadi. Lepas tu ko org tunggu city bus No. 7 atau No. 7-1. Sebelum naik sediakan 1000 Won untuk tambang dan inform driver "Seoraksan" then die akan faham yang ko org nk ke Mt. Sorak.
    Bus timing
  8. Mt. Sorak adalah destinasi terakhir bas tersebut..so tk payah risau nk berhenti kat mana..perjalanan dari Bandar Sokcho ke kaki Mt. Sorak dalam 30 minit.
  9. Pasatikan bila ko org nk balik semula ke Bandar Sokcho naik bas di tempat yg ko org turun masa sampai.
Untuk pengetahun ko org, pekan Sokcho nie terkenal sebagai perkampungan nelayan..haaa sape yang pernah layan drama korea "Autumn in My Heart" mesti cam tempat nie...tp memandangkan kami tk bermalam di sini, jadi kami tk berkesempatan untuk melawat sekitar pekan tersebut dek kerna kekangan masa.
Autumn in My Heart
Sepanjang 30 minit perjalanan dari pekan Sokcho ke Mt. Sorak, pandangan mata anda akan dijamu dengan pemandangan tepi laut dan juga perkampungan di kaki2 gunung...memang cantik...
Setibanya di kaki Mt.Sorak kami pun terus menaiki cable car untuk ke puncak gunung...SubhanAllah... memang terpegun melihat keindahan Mt. Sorak ketika musim winter kerna permukaan gunung tersebut dilitupi dengan salji yang memutih sana sini..nk cite pasal sejuk tk payah ckp ler..dh name pun winter kan...tambah pulak duduk atas gunung ngan angin yg kuat..haaa merasela beku bdn nie. nk ckp pun tk lepas..satu2 word kuar sbb terlampau sejuk...hahaha..so ko org layankan ajer pic2 di bawah nie yer..
Main Entrance to Mt. Sorak
Ice kepal ke nie...haha
Me n Shah
Me n Syaz
KAMI..:)
Hampir 1 jam kami luangkan masa di sana, kami pun pulang semula ke pekan sokcho untuk menaiki bas balik ke Seoul..tp kann disarankan sgt2 kepada uols sume..kalau blh jgn balik hari tau..patah pinggang...separuh hari perjalanan kt kat dalam bas je...mcm tk berbaloi.so kalau blh bermalam la sehari di sana then esoknye jalan2 kat area perkampungan nelayan.. lagi best kalau dpt menikmati ikan bakar di sana..perghhhh...terliurrr.....hehehe...Perjalalan hari ke-4 kami berakhir dgn keletihan melampau..hahaha...tp Alhamdulillah dpt gak jejak kaki di sana. nantikan perjalanan hari terakhir kami dalam entry yg seterusnya ok..

Wasalam...

Pautan Pantas:-
KOREA Winter Trip 2014 ~ Part III
KOREA Winter Trip 2014 ~ Last Day In seoul

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

No comments:

Post a Comment